Assalamualikum.....
Kalu kite tengok balik la semasa zaman budak-budak dulu. Apa yang kita hendak semua dapat tanpa menyedari bahawa apa yang kita dapat tu tak penah kita bersyukur dan hargai(yela kan budak-budak). Segelintir la. Tapi kalu nak diikutkan lah masa kita mintak tu, pernah tak masa tu kita melihat keperitan mak ayah kita membanting tulang mencari duit. Pas tu senang jer kita mintak barangan yang kita nak and kadang-kadang barangan tu bernilai lebih daripada keperluan mak ayah kita. Pernah mak ayah kita tak tunaikan. Mesti bagi punya. Sapa tak sayang anak oi. Kalu bagi pon mesti korang merungut. Sebab barangan tu tak sama dengan yang korang mintak. Pas tu mula merajuk. Korang sedar tak korang buat masa tu. Mesti tak kan. Ni mukadimah jer baru. Aku nak bagi flash back kat korang tenung kejab zaman tu. Cari sendiri iktibar dari masa itu untuk digunakan pada masa ini. Kepada content berrsyukur, terima seadanya, tak merungut, dan kesabaran. Korang betol-betol dan fikir dalam-dalam.......
Teringat pesan mak aku...bila time bercinta ni kena ada perasaan pasrah dan tawakal...pas tu dia pesan lagi kalu kita putus ker apa....." Ijat kalu ditakdirkan kamu tidak dapat bersama dengan **s kamu kene pasrah...kamu masih ada mak bapak...yang paling penting kamu ada Allah S.W.T...mengadu dengan dia...kalu kamu berpisah dengan dengannya sekarang mungkin ada dua perkara yang tuhan nak berikan kepada kamu...pertama jika benar dia adalah jodoh kamu maka tuhan pisahkan kamu sekarang kerana dia nak ajar kamu tentang sesuatau maka hendaklah kamu bersabar dan tawakal dengan ujian Allah S.W.T ni kerana ia akan membuat kamu matang dan sentiasa menjadi diantara orang-orang yang sabar..dan yang kedua...jika di bukan jodoh kamu ijat makanya ada yang lebih baik yang sedang menanti kamu dan mendambakan kamu...maka pada ketika itu jika datang seseorang yang mencintaimu ijat dan dia melayarkan cintanya kepada Allah S.W.T nescaya akan berbahagialah kamu ijat..."....pesanan ibu ku ini amat benar-benar mendalam...kadang-kadang aku terfikir sejenak kenapa benda yang selalu yang kita dambakan dan kita ingin kan selalu menjadi penghalang dan susah sangat nak dapat....sebab aku fikir Allah S.W.T membuat seatu mesti bersebab dan Allah S.W.T akan mengantikan sesuatu yang kita inginkan 2 dengan yang lain...dan pada masa tu...kita bersyukur ker idak dengan pemberiannya...betol tak...bak kata tok guru lama-lama tak kan bergoyang pokok kalu tak ada beruk kat pokok tu....huhuhuhu......
ingat lah pesan mak aku tadi sebagai iktibar kepada kita semua...agar menjadi lebih baik...dan ingat pesan aku apa...fikir masa depan...dan buat satu keputusan dengan fikir dalam-dalam kerana ada hikmah disebalik kejadia....daaaaaaaaa........


No comments:
Post a Comment