Variasi Kepada Misi Dan Visi

"YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH , TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS , JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS "

Friday, April 29, 2011

Renungan Bersama-Sama

Assalamualikum...ni aku amik kat tenet jer...sebab aku mengalami deman tak leh nak bangun...macam best jer...korang leh baca...aku sampaikan aja...

sambil layan sambil dengar...


1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti �magnet� yang menarik bakal  pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik  sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi  tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa  merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa  atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal  pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci...

ok...chow...

Baikkah Aku Ni????

Assalamualikum...hampa suma apa khaba....hampa layan dulu lagu ni....best pulak....

selamat tinggal kawanku-dian & zizan

Ntah kenapa pulak aku cerita tentang cerita ni kat hampa...bukan apa aku tengok orang sekarang asik pikir..."lu punya pasal lu punya pasal la, ada gua kisah"...tapi yang menjadi kisahnya sekarang... kalu ada masalah ker, problem ker, ehhh korang leh tolong aku tak...hahaha...pelik kan...that live beb...iktibar kepada parang selalu tolong orang ni...anggap mende ni mainan hidup...and jangan pulak korang give up...tak rugi pon hampa sume jadi baik and tolong orang....

Mengikut kemelayuan lama la...nak kesan orang baik ni...oarng tu suke kat binatang lebih2 kucing...kenapa erk....menurut hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan...dasat tu...yela kalu nak difikir melalui pemikiran manusia sekarang...betol apa setiap makhluk Allah S.W.T adalah sempurna...mana ada cela...siap ada pulak kalu kita langgar kucing siap kena badi ohh....ok...lupakan sekejap tentang kucing...


Baik kah aku....ni soalan yang selalu aku tanya kat diri aku and hampa leh tanya kat diri korang...

  1. kalu kita berfikir "tolong la dia nanti time aku susah dia leh tolong aku " dan bukannya "Ya Allah sian dia baik aku tolong dia kan hamba Allah"....macam mana ada???
  2. kalu kita berfikir "bapak la hensem giler/cun giler dia...baik aku tolong untung2 dapat gak aku nombor dia ker upah dia ker" dan bukannya " Apa jadi dengan sedari...biar saya tolong...berat sama dipikul ringan sama dijinjing" dan kalu dia bagi apa2 kita cakap cam ni "eh tak per la...kalu awak nak kasi gak sedekah la kat masjid ker apa...sama2 kita dapat"....
  3. kalu kita berfikir " ni lah masa aku nak tolong dia sebab baru diorang tau aku ni baik" dan bukannya kalu dalam kesusahan buat tak der pape yang berlaku...tacing tak tentu pasal...bukan nak kongsi dengan kawan2 yang lain...yela bila time orang susah kita tolong bila time kita susah tak nak menyusahkan orang lain...ni bukanya menenangkan kawan2 ni memberi bala...itu korang nak kata baik....kuang3...
  4. kalu kita berfikir " aku tolong ko supaya kamu ingat jer budi aku kat kamu" dan bukannya kerana "tak per la kalu dia dah senang aku tumpang bahagia...aku cool jer".....
  5. kalu kita berfikir " ala aku sekejap jer ngan diorang...buat jer la baik2...nanti senang orang tu tolong aku" dan bukannya " sekejap ker lama ker asal aku dah kenal ko...kamu la kawan aku sampai bila2...terpisah kita kerana ajal jer..."...
  6. kalu korang befikir " baik aku kenal dengan orang yang stilo sikit...buat apa aku kenal orang yang tak tentu hala 2...nanti kalu aku nak naik pangkat ker, kerja ker, buat assiment ker...leh aku gunakan dia...pas 2 lantak kamu la..." dan bukannya "tak kisah la sesiapa aku kenal janji aku berkawan dengan banyak orang...bukan nak cari musuh..."....
  7. kalu korang berfikir " nak kawan dengan orang tua buat apa...aku meda lagi kot" dan bukannya "sian pakcik ni sorang bik aku layan dia...dan kan hamba Allah Jugak"....
  8. kalu korang berfikir " wei ada kucing la...ni ramai orang ni...bik aku bagi ayam sikit...bangga aku" dan bukannya " Ya allah sian kucing ni (cakap dalam hati)...bik aku bagi makanan sikit (tanpa disedari oleh kawan)"...
what ever la kita fikir...aku nak cakap pon susah gak...ni pendapat aku jer la...aku pon bukan perfect sangat...ni pon tak tau la betol ker idak...aku just tengok buat and ada bende aku sampaikan...what ever kita buat sekali pon...kita mesti fikir bahawa....baik aku fikir dalam2 dan fikir masa depan...jangan duk ikut hati jer...kalu aku silap ker apa2 aku mintak maaf....ngggeee....chow...

Tuesday, April 26, 2011

Jerney To Penang

Assalamualiku...saja nak kongsi jerney aku ari tu...kat penang....


Pembuka tirai..kira manisan la dulu...kudap2...Rasullulah pernah bersabda "sungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.”...




Pantai Bersih.
masa aku kat ini banyak la yang aku tengok ragamnya...dak2 mandi laut...awek tak cukup kain main2 air...kapel2 jalan2...shoting gambar...apa2 pon apa yang aku belajar kat sini tentang keindahan pandai yang dijadikan tuhan...aku rasa betapa kerdilnya kita kat muka bumi ni...cuba bayangkan kita sebuti pasir dilautan...adakan kita mampu untuk membina sebuah bangunan...aku berfikir...Ya...kenana tanpa sebutir pasir ia tak akan cukup untuk menyiapkan sebauah bangunan jika kita mempunyai ilmu...


Nasi Kandar Beratur.
peh....dapat jugak aku merasa kesedapan yang telah digembar gemburkan oleh peminat nasi kandar....memang best tahap gaban....terbaik...restoren yang sangat simple giler...aku yang pertama kali sampai bagai tak percaya biar betol ni restoren dia....aku yang sampai malam pon still ada orag yang beratur...tak tau la aku siang hari....hahahahah...tempat dia memang klasik ala aku macam ada kat shanghai tahun 1967...serius...tapi sayang kan pekan shanghai...tapi lagi bagus kot kalu ia pekan lama melayu ker...bangga aku jadi orang melayu..tapi ni pekan shanghai...maybe gadai kl pon tak dapat kot nak tukar kepada pekan melayu....kuang3...nak tau mai la sendiri....


Padang Kota.
kalu orang perak sebut elok2...saya tidak mengalak anda menyebut ini dalam bahasa perak k....ish2..tempat ni menarik la...bagi nak lepak2 malam2...ok la...for the kapel2 jangan duk bangga la korang lepak ngan pasangan dalam dark2.....kalu aku pegawai islam pulau pinang dah lama aku sumbat korang dalam trak...hahahah...alah mana2 tempat pon sama jer...kan apa mejengkelkan mata yang memandang...pas 2 apa lagi mengumpatla...huhuhuhu...

tak sempat nak pusing abis...aku pon sehari jer kat penang...kalu lama dah lama aku tawaf satu penang cari bahan menarik....kerana apa2 yang kita lakukan...fikir dalam2 dan fikir masa depan2...kerana anda mampu mengubahnya...chow....

Siapakah Aku?

Assalamaulaikum....hai korang...semalam cadang nak terbitkan dah page ni kat korang...uit punya letih tahap gaban...jadi aku publish ler ari ni...

kim jong kok - today more than yesterday

ok...korang kenal dengan diri korang...kita duk sibuk nak kenal orang, tengok hati budi orang, jaga tepi kain batik orang...korang sedar yang u all dah betol2 kenal dengan diri u all...pernah korang terfikir siapa diri korang, kenapa korang berkawan dengan kawan2 yang ada disekeliling korang, and sumer lah tetang diri korang...untuk mengenal diri korang korang mesti kenal dengan Pencipta...Siapa pencipta...sifat pencipta...yakni Allah S.w.t...setiapa hari ni kita belajar tau...maka untuk korang kenal diri korang u must Learn or belajar....



Dalam percintaan...jangan cakap kita dah teror pawer giler laa...ada yang berkapel 1-12 tahun...jangan nak bangga...kalu tuhan 2 nak pisahkan kan korang pisah jugak...sebab itu pembelajaran pertama adalah belajar...nak belajar berkapel belajar kenal Tuhan kamu...baru lah dapat keberkatan untuk berkapel...dah di bagi masa berhari2 kenal dulu diri korang baru lah nak kenal orang lain...tanya diri korang..."why dia cinta aku...apa ada pada aku...why dia nak hidup dengan aku...apa yang aku boleh bagi kat dia...why dia nak aku...apa pulak bende yang aku boleh sayang kat dia"...pastikan korang ada jawapan semua tu...barulah aku jamin kalu ada rezki la...korang stil leh kekal...jangan pulak buat mende bukan2...yang akan melaknat korang sendiri...




Dalam kehidupan seharian...jangan baget sumer dah cukup korang leh pulak bangga dengan apa yang ada...takkk...belajar menghargai walaupun orang bagi kita seposen untuk kita gunakan seposen 2 dengan 100 perbuatan...fikir dengan apa yang aku cakap...kalu tak boleh macam ner korang nak kenal diri korang...dalam korang beribadah..yang wajib sembahyang 5 waktu...jangan ingat korang sembahyang dah cukup untuk korang jadi seorang muslim sejati...banyak mende yang patut korang belajar untuk betul2 kita ni tergolong dalam orang yang mukmin...jagan pulak duk kata ni..."aku jahat aku anyak dosa" weiii...pelan2 la belajar jadi baik...tak der salah mende nya wei...belajar pelan2...sedangkan orang jahat dan zalim Allah sayang...ni kan pulak kita ni yang dah memang muslim...yang penting U kene percaya kewujudan dia...


ape2 pon sumer bergantung denga kita jugak...kan...bagi aku lah...walau tak banayak kita belajar tentang diri kita makanya kita ni payah lah nak berubah dari satu takuk ke takuk yang lain...what ever yang nak kita lakukan must ingat...fikir dalam2 dan fikir masa depan supaya korang tak menyesal masa akan datang...kerana anda mampu mengubahnya...chow...

Sunday, April 24, 2011

Pergi Atau Pulang

assalamualaikum beb...

Isu pertama setelah kembali...kenapa perlu kita pergi atau pulang...sebelom aku nak mula korang dengar dulu lagu ni sebelum korang layah citer aku ni....orite....

 

 macam ner beb ok....kenapa korang patut pergi...itu kerana;
  1. Korang sedar anda tidak selesa/sepakat/sehaluan. apa yang penting keselesaan kalu keselesaaan itu tak ada bik la korang angkat kaki than korang blah...sabar macam mana pon ada batasnya betol tak...dari korang terus sakit bik korang pergi....
  2. Korang rasakan tiada ‘chemistry’ or power la. korang must cuba sedaya upaya dahulu untuk membetulkan keadaan untuk mengelak keputusan yang terburu-buru dan memberi kesan penyesalan yang mendalam di kemudian hari.
  3. Korang mempunyai destinasi berbeza. dah tau korang ni berbeza...buat apa nak go on...but u must still remember dengan perbedaan korang kan sentiasa bersatu...kerana perbedaan itu adalah penyatuan...but for this situation u must think first what should happen i u do that...
  4. Korang mempunyai masalah yang korang sendiri tidak mahu selesaikan. belah jer kalu dah tak leh nak setal...wat per nak tunggu kalu itu tak leh nak setal...takut bukan apa korang still muda...tak usah nak fikir bende yang tak boleh nak fikir...betol tak...
  5. Tak boleh langsung nak toleransi untuk berbaik. Situasi ini adalah yang paling menyedihkan dan teruk sekali.payah nak cakap u all can still thinking about that....
dan pada ketika saat dan ketika korang menyesal korang pergi...maka balik lah macam yanag dikatakan pulang....
  1. Menyesal dengan sepenuh hati. dah jangan buat lagi...walau kadang2 tu nak buat jugak...sifat manusia tak leh nak elak....
  2. Pastikan ada perubahan. Kalu tak der perubahan baik lah korang terus bela...tak kan korang nak black memory will be return...hahahah...fikir2 lah...walau sayang macam maner pon tak kemana....
  3. Jangan terlalu berharap bahawa korang akan bahagia. selalunya begitu...kita mesti waspada tentang apa yang terjadi...jadi jangan nak over bahawa korang dah ada pengalaman and korang leh main terjah jer...ok...
  4. Berbalik kepada Pencipta. dosa dah banyak kan...bawak2 lah bertaubat....bukan tau buat...kerana macam mana kita sekali pon kita mesti kena balik kepadanya....baru dia berbalik kepada anda...bak kata seorang ni...pehhhh..."tuhan tak akan uji hambanya kalu dia tak mampu.."...
  5. Jangan lupa kepada Ibu-bapa, Adik beradik dan Kawan2. bayangkan kalu mereka ni tak ada gamaknya duk macam beruk makyeh la kat hutan rimba....huhuhuhu..
what ever korang buat sebelum apa2 terjadi dan menjadi....jangan duk pikir sekarang....fikir masa depan....and fikir dalam2....takut nanti anda menyesal tak sudah....Allah tak suka beb kalu orang menyesal ni...dia murka...dan what ever keputusan yang korang buat mestilah menjaga hati orang lain....chow...

Salam Kembali

Assalamualikum...kepada pembaca semua....

salam bertemu kembali...sebelum aku nak minta maaf kat korang sebab dah lama sangat aku blah macam 2 jer...biasa lah...semuar orang ada masalah....aku pon mendapat masalah daripada tamparan kehidupan yang aku pilih sendiri....dan kini aku telah pulang untuk menulis apa yang aku dapat semasa aku menghilangkan diri tempoh hari....hanya untuk pembaca sekalian....



selama aku menghilang ada juga aku terbaca dan aku tertarik kepada penulisan hamka yang berbunyi..."Kerana sudah demikian mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan yang lain. Kita hanya beristirahat buat sementara, guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru. Sebab itulah maka tak usah kita menangis di waktu mendaki, sebab di balik puncak perhentian pendakian itu, telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang akan kita jaga di sana, iaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa di waktu menurun kerana kita akan menempuh pendakian pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada pendakian dahulu. Dan barulah kelak di akhir sekali, akan berhenti pendakian dan penurunan itu, di satu padang yang luas terbentang, bernama maut."....terbaik dari ladang....huhuhuhu....kalu korang faham aku nak korang fikir ok...

 
aku akan berkongsi kepada korang tentang apa yang aku dapat selama aku menghilang dan maybe akan bagi korang iktibar....untuk kita fikir dalam2 dengan apa yang terjadi kepada keadaan sekeliling kita...chow....