Variasi Kepada Misi Dan Visi

"YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH , TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS , JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS "

Sunday, October 31, 2010

Penutupan Kepada Bulan Ini

Assalamualaikum.....

Doa merupakan mentum terbaik kepada umat islam agar lebih dekat dengan Allah S.W.T....apa yang aku nak cakap kat sini adalah sejauh mana korang berdoa untuk mendapat keredaan atau untuk semata2 bila time terdesak....bukan nak memperlekehkan korang tapi sedarlah setiap apa yang kita katakan 2 adalah doa kerana Allah S.W.T itu adalah maha....maka berkata baik lah korang demi kebaikan sendiri...jika baik kata2 kamu maka baik lah jadinya...dan jika bukan maka sebaliknya korang....ni aku bagi petua kepada orang yang ingin berdoa...dan setelah membacanya maka tercapaikan momentum anda sebagai seorang insan muslim yang berdoa...kerana doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”(Al-Ghafir 60)

FirmanNya lagi:
Artinya: “Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi.” (Al-A’raf 55)

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin menyebut sepuluh adab-adab berdoa:

-Hendaklah menunggu waktu yang dimuliakan, seperti hari Arafah, pada bulan Ramadhan, pada hari Jumaat, waktu sepertiga yang terakhir dari malam dan waktu sahur.

-Hendaklah dia memilih keadaan-keadaan yang dimuliakan, seperti dalam keadaan bersujud, dalam pertempuran di medan perang, turunnya hujan, dalam keadaan hendak mendirikan solat dan sesudahnya.

-Hendaklah dia menghadap kiblat, menggangkat kedua belah tangan lalu menyapukannya pula pada wajah setelah selesai berdoa

-Hendaklah dia memperimbangkan suara di antara perlahan dan nyaring.

-Hendaklah dia tidak memaksa bersajak dalam berdoa. Memilih doa-doa yang dilafazkan oleh Rasulallah SAW.

-Hendaklah dia merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.

-Meminta dengan penuh hati dan yakin akan dimustajabkan oleh Allah.

-Hendaklah dia serius dalam doanya serta mengulanginya sampai tiga kali, jangan pula merasa terlalu lama mendapat pengabulannya.

-Hendaklah dia membuka doanya dengan menyebut nama Allah Ta`ala. Kata Imam Nawawi; Demikian juga hendaklah dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

-Bertaubat dan mengembalikan barang yang dizalimi serta kembali kepada Allah S.W.T.

jadi berdoalah kalian dengan baik2 walaupun orang itu telah menyakiti, membenci dan memarahi kita...kerana insyaallah dengan izin Allah S.W.T korang akan dihargai suatu hari nanti....x pernah fikir doa korang 2 sia2 kerana Allah S.W.T maha mendengar jadi berikhlaslah anda semasa berdoa...dan jangan pulak korang berdoa keburukan untuk orang lain kerana takut Allah S.W.T murka pulak....jangan main2 wei....huhuhuhu.....fikir dan renung lah dalam-dalam...daaaa......

Memahami erti keikhlasan

Assalamualaikum....
ihklas korang dalam erti kata kehidupan ini...x kisahlah bercinta, kerja, dan kewajiban anda sebagai seorang manusia dalam dunia ni...memahami erti keikhlasan dan kejujuran dalam jiwa manusia bukan terletak pada tangannya, kaki kematunya dan kegemukan dan kekurusannya...tapi kepada perbuatanya....yang mana perbuatannya lebih2 kepada seorang lelaki ni dia buat cam gini....
- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.

- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

- Dia berusaha tidak mengongkong kebebasan kekasihnya.

- Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Dia sentiasa berdoa kepada kekasihnya.

- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

- Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

- Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

- Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

- Dia suka melindungi kekasihnya di depan org lain.

- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

- Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

- Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

- Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

bende diatas ni ada yang betol dan ada yang tidak...tanya dia kenapa dia mencintai mu...jika jawapannya kerana kamu dia dekat dengan Penciptanya...maka fikirlah wahai kaum hawa...sesungguhnya kaum adam yang telah membuat mende2 ni...kerana keikhlasannya kepada kamu...bukan kerana nafsu semata2....percaya lah....bak kate orang veteran perang masa zaman jepon serang malaya "pernahkah anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? sebaliknya apabila barang itu tidak di perlukan, tanpa anda mencari, ia ada pula di depan mata. oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak mamburunya."....kepada orang diluar sana fikirlah dalam-dalam...sebelum mambuat sesuatu....dan jangan fikir sesuatau yang anda x mampu nak fikir.....daaaaaaa.........

Thursday, October 28, 2010

Kegagalan Dan Kemenangan

Assalamualaikum.......
siapa yang x nak menang sume nak menang...kalu nak sume orang tak nak kalah...tapi lah bagi aku aku lagi suka kalah...korang nak tau kenapa....sebab kalu kita kalah kita akan banyak belajar tentang kehidupan...itu yang penting...kene maki, kene banbu, kene tiau....peh, menang pedih....tapi korang pandang lah kalu x der mende2 ni macam maner sume orang dalam dunia ni nak maju...yela...kalu sumer orang menang maner nak ingat orang2 kat bawah ni...yela time bangga diri...lebih meluap2 siap meninggi idung dah macam kerbau pendek dah...tak penah ada hikmah (sesetengah2 orang jer bukan semua) jangan terasa pulak...2 realiti....bukan fantasi...biasanya orang yang selalu menang ni bongkak....tapi bile time jatuh peh ayat dia dah macam burung kakak tua (korang fikirlah kenapa aku panggil burung kakak tua)...siap cakap menang orang lain pon nasib jer....hahaha (beruk dihutan pon tak cakap macam 2)....

ni cerita orang yang selalu kalah...orang yang selalu kalah ni kan....dia memang lembab tapi nak diukur kebagusannya memang bagus macam ferari yang memecut kat jalan raya 450km/s...yela...golongan diorang ni selalu belajar dari kesilapan...2 yang penting dalam hidup ni....belajar....wei sampai kita mati pon kene dibelajarkan tau....mana yang bagus pulak 2 diorang abil iktibar dari kegagalan...belajar jadi lebih baik dari hari ini...sebab itu banayak orang dimuka bumi ni banyak yang belajar dari kekalahan....jarang la nampak orang belajar dari kejayaan....bak kate tok guru aku....nak naik atas biar naik tangga jangan naik lif....sebab kalu naik tangga kalu jatuh satu2...kalu lif...bub kedebak macam nangka busuk...nak naik balik...huh susah beb....

iktibar dia apa apa pon korang lalui dalam dunia ni....mesti ada pendirian dan pegangan hidup....tanya dalam diri korang....pagi2 3 soalan ni;




1.) siapa kamu...
2.) dimana kamu....
3.) tujuan kamu hidup hari ini....
baru kamu tahu apa yang kamu cari dalam dunia yang fana ni....jangan fikir kamu lalui 2 mudah macam makan gula getah...kesabaran yang paling penting....x der kesabaran tak akan kemana-mana lah korang...termasuk aku sekali....renung2 kanlah apa yang aku cakap tadi betol ato tidak....fikir lah dalam....bukan nak ceramah ke apa...nasihat jer....ok chaw....

Wednesday, October 27, 2010

Salam Perkenalan

assalamulaikum.....
salam perkenalan....bak kate org2 dulu x kenal maka tak cinta tak tahu maka bertanya....nak story dulu la kat u all tentang aku....yela aku ni budak kampung....kadang kalu orang tengok aku ni nampak cam keindonesia sikit...yela jawa....kan apa aku sekadar nak berkongsi dengan u all tentang apa yang aku dah lalui selama mana aku hidup ni...tentangsayang.....x der sayang x der lah life...sebab tu la aku selalu ckap kat membe2...hargailah setiap kegembiraan walau ia datang cuma sesaat....

kisah kehidupan erm banyak gak aku lalui....alkisahnya memang panjang tapi kalu anda suka  anda follow la...kalu x suke saya x paksa pon.....ada gak la input nak bagi walau x banyak mana just nak berkongsi....macam duk kate Dr Fadilah kamsah....
" BERPIJAK DI ATAS BUMI NYATA , BAGAI MENITI JAMBATAN BARA . OLEH ITU , PILIHLAH JALAN YANG LURUS DAN BENAR AGAR KITA MENCAPAI KESEMPURNAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP."

apa2 pon kadang apa yang berlaku padi setiap manusia pasti ada hikmahnya....yang aku pelik 2 ada jugak yang x tahu apa yang diorang sendiri rasa...pas 2 x percaya pulak dengan takdir....ragam orang....kalu nak diikutkan itu lah wariasi kepada tranforrmasi kepada kehidupan manusia....dan bertanyalah pada diri anda dimana anda sekarang dan bayangkan kalu anda tidak ada...pasti anda x lalui semua ni....renung2kan lah...fikir dalam dalam.....

jumpa lagi......daaaaa......